Monday, March 8, 2010

Pra Ujian Bulan Mac 2010


SAINS SUKAN
PRA UJIAN KERTAS 2 (911/2)
BULAN MAC 2010

Bahagian A
Jawab semua soalan

1. a) Nyatakan dua konsep asas kesukanan.
b)Nyatakan tiga ciri yang dapat membezakan dua konsep dalam (a) di atas.

2. Senaraikan lima tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pengurusan belanjawan sukan yang cekap.

3. Sukan adalah satu cara yang sesuai digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum dinegara kita.
a) Jelaskan pengertian intergrasi dalm konteks sukan.
b) Terangkan bagaimana sukan boleh menjadi alat intergrasi kaum yang sesuai.

4. Kejayaan seorang pengurus ukan yang berjaya adalah bergantung kepada jenis pengurusan sukan yang diamalkan.
a) Nyatakan tiga jenis stail pengurusan sukan.
b) Terangkan dua ciri stail pengurusan sukan dari salah satu stail pengurusan sukan di (a).


Bahagian B
Jawab semua soalan

1. Nyatakan lima komponen yang terkandung dalam proses pengurusan sesebuah organisasi sukan. Jelaskan jawapan anda.
2. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan bagaimana sukan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi dari segi

a) Penganjuran
b) Pelancongan
c) Penajaan acara sukan

No comments:

Post a Comment