Peperiksaan bagi kertas Sains Sukan kertas 2 akan berlangsung pada 15 Dis 2010. Kepada semua pelajar Sains Sukan STPM, mungkin sedikit tips yang diberikan dibawah mungkin boleh membantu.
1. Topik Sosiologi Sukan
- Definisi, ciri2 main, permainan, sukan
- Proses sosialisasi
- ciri stratifikasi sosial dalam sukan, sukan sebagai alat intergasi kaum dipelbagai peringkat
- punca, contoh, implikasi & langkah mengatasi polarisasi / dominasi kaum ke atas sukan tertentu
- Isu2 wanita dalam sukan - isu gender, ganguan sksual, persamaan taraf, konflik peranan, sumbangan dan perkembangan penyertaan waita dalam sukan (berpotensi besar disoal dalam esei)
- peranan sukan dalam meningkatkan ekonomi negara (kemungkinan soalan berulang)
2. Topik Pengurusan Sukan
- Definisi, kemahiran dalam pengurusan sukan (jelaskan setiap satu kemahiran berkomunikasi, teknikal & konseptual)
- Tanggungjawab seorang pengurus sukan dan dan konsep utama dalam pengurusan sukan (berkemungkinan soalan struktur)
- Stail pengurusan (jelaskan ciri, kesan +ve & -Ve setiap satu - berpotensi besar disoal dibahagian esei)
- Bezakan struktur organisasi sukan formal & x formal (belum pernah disoal dalam peperiksaan rasmi sejak 5 tahun lalu)
- Lakarkan contoh organisasi sukan / bahagian kokurikulum sekolah anda (buat persediaan)
- jelaskan setiap satu - pengurusan prasarana, pembelian & pengendalian alatan, penyimpanan, penjagaan & baikpulih, rekod, program TID, jadual latihan, pemilihan staf, penghargaan & kebajikan (tidak pernah disoal sejak 5 tahun lalu)
3. Topik Psikologi Sukan
- Definisi, peranan dan tanggungjawab psikologis sukan
- jelaskan struktur asas personaliti (teras psikologikal, respon biasa, peranan)
- ciri2 personaliti introvert dan extrovet (berpotensi besar disoal)
- Definisi kebangkitan dan kebimbangan - tanda2 bangkitan dan kebimbangan, cara mengawal kebimbangan, kesan bangkitan & kebimbangan - stres, eustres, distres, hiperstres, hipostres (tidak pernah disoal sejak 2007)
- motivasi intrinsik dan ekstrinsik, kesan motivasi ke atas prestasi (tidak pernah disoal sejak 5 tahun lalu)
- keagresifan - jenis, punca, kesan dan langkah mengawal (berpotensi disoal dibahagian esei keranan kali terakhir disoal ialah pada tahun 2007)
- kesepaduan pasukan - fasa pembentukan & faktor menpengaruhi kesepaduan pasukan (kali terakhir disoal dibahagian esei pada tahun 2006)
4. Topik Pemakanan Sukan
- Anatomi sistem pencernaan, fungsi setiap nutrien
- rancangankan pemakanan utk kanak2, warga emas, wanita - jawab mengikut piramid pemakanan (berpotensi utk disoal dibhgn esei)
- pemakanan sukan(sebelum, semasa, selepas), jelaskan apa yg dimaksudkan CHO loading / Diet sayuran, fungsi cecair, air dan elektrolit ke atas atlet
- kaedah mengira BMI (titik beratkan utk soalan struktur), nyatakan lokasi utk pengukuran lemak mengikut kaedah Skinfold
- pengaruh agen-agen egrogenik / endrogenik - fokus kepada kesan +ve & -ve penggunaan steroid
5. Topik Fisiologi Senam
- Definisi , jenis2 sistem tenaga (ciri, sumber, penggunaan mengikut sukan)
- anatomi struktur otot - epimysium, perimisium dan endomisium
- jenis, ciri2 fiber dan sukan yang menggunakan fiber otot jenis sentak cepat jenis A dan B & fiber sentak lambat, jenis2 penguncupan otot (penekanan untuk soalan struktur)
- fungsi darah, komposisi darah, komponen peredaran darah, anatomi sistem jantung, sistem peredaran polmunari & sistemik (berpotensi besar untuk disoal dibahagian struktur & esei kerana bahagian ini tidak pernah disoal sejak 5 tahun lalu)
- Anatomi sistem respiratori, fungsi, mekanik & proses pernafasan (tidak pernah disoal sejak 5 tahun lalu)
- kesan senaman / latihan ke atas kardiovaskular (penekanan untuk bahagian struktur / esei)
- fungsi sistem endokrina - pituitari, tiroid, pankreas, adrenal (nayatakan lokasi, jenis hormon yang dirembeskan, fungsi, kesan kekurangan dan kelebihan)
- kesan latihan ke atas - jenis gentian otot rangka, otot kardiak, denyutan jantung maksima & rehat, isipadu stroke, keluaran kardiak, kadar nadi, tekanan darah
- rancangan pemakanan dan program latihan khusus utk - atlet / obese / warga emas / wanita / kanak2 / oku, cirikan perbezaan antara train dan untrain people, perihalkan pengamalan gaya hidup sihat
6. Topik Kinesologi & Lakuan motor
- Definisi, pendekatan kinesologi, bidang kinesologi, cabang kinesologi (penekanan utk bahagian struktur)
- klasifikasi kemahiran motor, teori pembelajaran fitts dan postner (kemungkinan soalan berulang)
- sumbangan pengetahuan lakuan motor dalam meningkatkasn prestasi dan kemahiran berdasarkan disiplin ilmu dalam sains sukan
- perihalkan / jelaskan perbezaan individu dari aspek keupayaan motor & faedah mengenal pasti perbezaan keupayaan antara individu / atlet (berpotensi disoal dibahagian esei)
- jelaskan tentang pendekatan klasik sherrington, kontemporari, fisiologi aktiviti (berpotensi utk disoal dibahagian esei)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment