Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Topik : Sosialisasi Sukan STPM Kertas 2 (966/2)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Berikan definisi sosialisasi sukan (bahagian struktur)

2. Huraikan kepentingan sukan dari sudut proses sosialisasi dan berikan contoh yang releven.(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

3. Berikan maksud sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi sukan dan berikan contoh setiap satu(bahagian struktur)

4. Huraikan/jelaskan konsep intergrasi kaum menerusi sukan dan berikan contoh yang sesuai.(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

5. Bincangkan punca dan kesan polarisasi kaum dari aspek sosiologi sukan dan berikan contoh yang sesuai(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

6. Nyatakan sebab / contoh / kesan / langkah mengatasi dominasi sesuatu kaum dalam sukan khususnya di Malaysia. (boleh disoal dalam bentuk struktur atau esei)

7. Bincangkan penglibatan wanita dalam sukan dari aspek peringkat sekolah / peringkat kebangsaan / peringkat antarabangsa (soalan struktur)

8. Nyatakan contoh sumbangan penglibatan wanita dalam sukan di Malaysia dari aspek penyertaan dalam sukan / pengurusan / pencapaian (soalan struktur)

9. Jelaskan peranan sukan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara dan berikan contoh yang releven. (soalan favorite penggubal soalan - disoal dalam bentuk soalan esei)

Friday, September 11, 2009

Tips Kepada Pelajar-Pelajar Sains Sukan STPM Bagi Tahun 2009


Tips menjawab dan pemilihan soalan Sains Sukan bagi peringkat STPM 2009 :

Apa2 pun mesti dimulakan dengan bismillah dan berdoa untuk mendapat keberkatan yang Maha Esa:)

1. Kuasai istilah2 dalam Sains Sukan, definisi umum topik dari setiap topik / tunjang

2. Memahami kata soalan dani kehendak soalan serta perlu bijak mngurus dan mengagihkan masa untuk menjawab soalan struktur dan esei

3. Menjawab berdasarkan markah yang diberi

4. Pilih dan jawab soalan yang anda ketahui dan yakin dengan jawapan

5. Tinggalkan soalan yang sukar dahulu

6. Sekiranya fakta-fakta utama terlupa fakta yang berkaitan, logik dan berkaitan akan diberi markah.

7. Bagi soalan esei teknik pengolahan adalah sangat penting dan diolah mengikut urutan kaedah FAKTA. BUKTI & CTH (FBC)

8. Kesilapan tatabahasa dalam pengolahan tidak akan menjejaskan markah.

9. Gambarajah, jadual, graf atau peta minda yang menyokong fakta-fakta yang anda berikan akan menambah markah.

10. Soalan esei yang mempunyai pecahan soalan seperti a) b) c) adalah lebih mudah berbanding dengan soalan yang tunggal.

11. Terdapat soalan yang mudah tetapi sukar untuk mendapatkan fakta-fakta perlu dielakkan.

12. Penggunaan istilah-istilah sains sukan adalah diwajibkan.

13. Sekiranya semasa menjawab soalan esei/struktur dan tiba-tiba anda mendapat idea atau fakta untuk soalan lain, catatkan fakta tersebut di soalan yang berkaitan agar tidak terlupa.

14. Gunakan pergerakan fizikal semasa menjawab untuk mendapat kepastian yang maksima untuk mendapatkan kepastian jenis pergerakan tersebut.

15. Gunakan bahasa yang mudah.

16. Sekiranya ada masa anda boleh menambah jawapan bagi soalan esei.

17. Tulisan hendaklah mudah dibaca, tidak berbunga-bunga dan digalakkan menggunakan pen berdakwat kering berwarna biru untuk mengelak daripada kerosakan kertas jawapan.


"SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN PEPERIKSAAN AWAM STPM 2009"

Topik : Fisiologi Senam - Sains Sukan STPM Kertas 2 (966/2)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K2 (966/2) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Definisi Fisiologi senam, sumber tenaga semasa melakukan latihan / ekesasis - Sistem Anaerobik Alaktik@ATP-PC@phosphagen & Laktik, Sistem Aerobik- Kitaran Kreb, ETC, Glikolisis dan cth sukan yg menggunakan sistem tenaga yang dinyatakan (ingat dan tumpukan bahagian ini kerana kemungkinan keluar dibahagian struktur atau esei)

2. kelesuan otot dan saraf - faktor dan strategi melambatkan/menangani kelesuan otot dan saraf semasa latihan/ekesais(bahagian yang berpotensi untuk keluar dibahagian struktur dan esei)

3. Sistem otot - mekanisme pengucupan otot, jenis fiber otot-Sentak lambat&cepat berserta cth atlet yang terlibat dalam sukan yg melibatkan jenis fiber otot yang dinyatakan,jenis penguncupan otot- isometrik,isotonik-konsentrik, esentrik(berpotensi untuk disoal dibahagian struktur)

4. Sistem respiratori - sruktur dan fungsi(berpotensi disoal dibahagian struktur), mekanik pernafasan, isipadu dan kapasiti paru2-perbezaan tidal volume antara trained dan untrained individu/atlet(berpotensi disoal dibahagian struktur)

5. Sistem kardiorespiratori - sistem kardio-struktur jantung dan fungsi, respon jantung semasa senaman, kesan latihan ke atas kardio-respiratori, regulasi & ventilasi pulmonari semasa latihan/senaman

6. Sistem edokrina - organ,jenis hormon yang dirembeskan dan fungsi hormon (berpotensi untuk disoal dibahagian struktur)

7. kesan latihan/senaman ke atas - adaptasi, kompensasi,recovery

8. Kesan/pengaruh persekitaran ke atas prestasi atlet - termoregulasi

9. Aktiviti fizikal dan kesihatan - gaya hidup sedentari dan penyakit hipokinetik/obesiti (berpotensi disoal secara umum dibahagian esei bagaimana strategi membantu menangani masalah tersebut ke arah gaya hidup sihat dan kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan