Monday, March 8, 2010

Pra Ujian Bulan Mac 2010


SAINS SUKAN
PRA UJIAN KERTAS 2 (911/2)
BULAN MAC 2010

Bahagian A
Jawab semua soalan

1. a) Nyatakan dua konsep asas kesukanan.
b)Nyatakan tiga ciri yang dapat membezakan dua konsep dalam (a) di atas.

2. Senaraikan lima tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pengurusan belanjawan sukan yang cekap.

3. Sukan adalah satu cara yang sesuai digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum dinegara kita.
a) Jelaskan pengertian intergrasi dalm konteks sukan.
b) Terangkan bagaimana sukan boleh menjadi alat intergrasi kaum yang sesuai.

4. Kejayaan seorang pengurus ukan yang berjaya adalah bergantung kepada jenis pengurusan sukan yang diamalkan.
a) Nyatakan tiga jenis stail pengurusan sukan.
b) Terangkan dua ciri stail pengurusan sukan dari salah satu stail pengurusan sukan di (a).


Bahagian B
Jawab semua soalan

1. Nyatakan lima komponen yang terkandung dalam proses pengurusan sesebuah organisasi sukan. Jelaskan jawapan anda.
2. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan bagaimana sukan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi dari segi

a) Penganjuran
b) Pelancongan
c) Penajaan acara sukan

Sunday, September 13, 2009

Topik : Pemakanan Sukan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Labelkan struktur organ dalam sistem digestif / pencernaan (soalan struktur)

2. Nyatakan fungsi sistem digetif kepada tubuh atlet (soalan Struktur)

3. Jelaskan fungsi nutrien di bawah : (Soalan struktur atau pecahan soalan esei)
a. CHO
b. Protein
c. Lemak
d. Vitamin
e. Mineral
f. Serat
g. Air

4. Huraikan proses pncernaan dalam mulut dan gester (soalan pecahan esei)

5. Rancangkan satu panduan pemakanan sukan yang sesuai untuk atlet bagi acara marathon

6. Berikan maksud di bawah :(Soalan struktur)
a. Carbo-loading
b. Diet sayuran

7. Jelaskan faktor-faktor kehilangan air dalam badan dan cara mengatasinya (soalan esei)

8. Atlet A mempunyai berat 70kg dan berketinggian 170cm. Kirakan Indeks Jisim Badan (BMI) atlet tersebut

9. Namakan bahagian tubuh yang dukur untuk tujuan mengumpul data berkaitan dengan anggaran peratusan lemak dalam badan

10. Rancangkan satu panduan pemakanan yang sesuai dan jenis senaman yang sesuai bagi individu yang mengalami masalah obesiti (soalan esei)

11. Berikan maksud bahan egrogenik (soalan struktur)

12. Huraikan kesan positif ke atas prestasi atlet yang mengambil stimulan dari aspek famakologi (soalan esei)

13. Huraikan kesan negatif yang akan diperoleh oleh seorang altet yang menggunakan agen hormon steriod anabolik untuk satu tempoh jangka masa yang panjang (soalan esei)

14. Nyatakan contoh bagi agen stimulus dibawah (soalan struktur)
a. agen farmakologi
b. agen hormon
c. agen fisiologi
d. agen nutrisi

Topik : Psikologi Sukan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Berikan definisi Psikologi sukan (soalan struktur)

2. Huraikan perkaitan antara prestasi sukan dengan psikologi individu dan berikan contoh yang sesuai (soalan esei)

3. Jelaskan peranan individu dibawah : (soalan struktur)
a. Pendidik Psikologi Sukan
b. Penyelidik Psikologi sukan
c. Ahli Psikologi Sukan Klinikal

4. Jelaskan garis panduan yang perlu diamalkan oleh seorang Ahli Psikologi Sukan Klinikal dalam membantu altet yang prestasinya semakin menurun (soalan struktur)

5. Jelaskan pengertian personaliti (soalan struktur)

6. Huraikan pengaruh personaliti dalam pemilihan aktiviti sukan yang disertai oleh seseorang atlet (soalan esei)

7. Jelaskan perbezaan individu yang bersifat ekstrovert dan introvert dan berikan contoh yang sesuai (soalan esei)

8. Berikan maksud kebangkitan (soalan struktur)

9. Berikan maksud kebimbangan (soalan struktur)

10. Jelaskan maksud istilah dibawah : (soalan struktur)
a. Stres
b. Eustres
c. Distres
d. Hiperstres
e. Hipostres

11. Huraikan kesan kebangkitan terlalu rendah / tinggi ke atas prestasi atlet (soalan struktur)
12. Huraikan kesan kebimbangan terlalu rendah / tinggi ke atas prestasi atlet (soalan struktur)

13. Nyatakan kaedah yang boleh membantu atlet dalam menangani kebimbangan semasa pertandingan (soalan struktur)

14. Jelaskan prosedur pengurusan stres dibawah: (soalan esei)
a. Kawalan pernafasan
b. Relaksasi Otot Progresif(PMR)
c. Latihan autogenik
d. Imageri
c. Penetapan matlamat

15. Berikan maksud motivasi (soalan struktur)

16. Nyatakan jenis-jenis motivasi (soalan struktur)

17. Buat perbandingan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dan berikan contoh yang sesuai setiap satu.(soalan pecahan esei0

18. Jelaskan perkaitan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dan tahap prestasi individu / berpasukan dan berikan contoh yang sesuai (soalan esei)

19. Jelaskan jenis keagresifan dalam sukan di bawah (soalan struktur)
a. Ketara (hostile)
b. Instrumental
c. Asertif

20. Nyatakan jenis-jenis keagresifan yang sering berlaku dalam sukan (soalan pecahan dalam esei)

21. Huraikan faktor-faktor yang menjadi punca berlakukan keagresifan dalam sukan dan berikan contoh insiden dalam konteks sukan(pecahan soalan esei)

22. Huraikan kaedah mengatasi berlakunya keagresifan dalam sukan(pecahan soalan esei)

23. Jelaskan maksud kesepaduan dalam sukan(soalan struktur)

24. Huraikan fasa pembentukan sesebuah pasukan (soalan esei)

25. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kesepaduan dalam pasukan.(soalan esei)

26. Jelaskan stail tumpuan di bawah: (soalan struktur / pecahan esei)
a. luas-luaran
b. Luas-dalaman
c. Sempit-luaran
d. Sempit-dalaman

Topik :Kinesologi dan Lakuan Motor - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Berikan definisi kinesologi dan lakuan motor (soalan struktur)

2. Nyatakan dua jenis proses penilaian dan pengukuran dalam lakuan motor (soalan struktur)

3. Jelaskan dan berikan contoh sukan bagi lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor berikut: (soalan struktur / esei)
a. Lengkok lurus
b. Lengkok cembung
c. Lengkok cekung
d. Lengkok "S" atau ogive

4. Berikan maksud proses lakuan motor berikut : (soalan struktur)
a. Perkembangan motor
b. Pembelajaran motor
c. Sumbangan lakuan motor

5. Nyatakan klasifikasi kemahiran motor? (soalan struktur)

6. Jelaskan klasifikasi kemahiran motor berikut : (soalan struktur)
a. Kemahiran luar kawal
b. Kemahiran bersiri
c. Kemahiran berterusan
d. Kemahiran diskrit / terputus
e. Kemahiran motor halus
f. Kemahiran motor kasar

7. Huraikan teori pembelajaran Fitts dan Posner? (soalan esei)

8. Nyatakan komponen yang terdapat dalam teori pembelajaran Fitts dan Posner(soalan struktur)

9. Jelaskan maksud perbezaan individu dari segi keupayaan motor (soalan struktur)

10. Nyatakan kepentingan mengenal pasti perbezaan keupayaan individu(soalan struktur)

11. Buat banding beza di antara sistem "open loop" dan "closed loop" (soalan esei atau struktur)

12. Nyatakan ciri-ciri keupayaan persepsi motor yang dikemukakan oleh Fleishman (1972) (soalan struktur)

13. Nyatakan ciri-ciri kecekapan fizikan yang dikemukakan oleh Fleishman (1972) (soalan struktur)

14. Nyatakan jenis-jenis pemindahan pembelajaran hasil dari kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran yang hendak dipelajari

15. Jelaskan jenis-jenis pemindahan kemahiran yang dinyatakan di bawah:
a. Pemindahan positif
b. Pemindahan negatif
c. Pemindahan sifar

16. Nyatakan sistem yang mempengaruhi kawalan tubuh dan pergerakan asas manusia

17. Huraikan interaksi sistem biologi tubuh manusia dan persekitaran dalam kawalan motor

18. Nyatakan peranan sistem persepsi dalam lakuan motor

19. Nyatakan peranan sistem aksi dalam lakuan motor

Topik : Pengurusan Sukan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Berikan definisi pengurusan sukan (soalan struktur)

2. Nyatakan secara ringkas kemahiran pengurusan sukan dibawah: (soalan struktur)
a. Kemahiran Berkomunikasi
b. Kemahiran Teknikal
c. Kemahiran Konseptual

3. Nyatakan tanggungjawab seonrang pengurus dalam mengurus sesebuah persatuan atau kelab sukan

4. Nyatakan etika yang dipegang oleh seseorang pengurus sukan yang menguruskan sesebuah kelab atau persatuan sukan.(soalan struktur)

5. Buat perbandingan ciri antara jenis pengurusan laissez-faire dan autokratik / Nyatakan jenis-jenis pengurusan sukan

6. Lakarkan satucontoh carta organisasi sesuatu persatuan atau kelab sukan yang anda ketahui (pecahan esei)

7. Jelaskan peranan AJK tertinggi sesuatu organisasi persatuan sukan / kelab sukan berikut:
a. Pengerusi
b. Timbalan Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. AJK Promosi
f. AJK Tajaan
g. AJK Teknikal
d. Dll (soalan struktur)

8. Nyatakan elemen-elemen yang perlu dalam mengurus prasarana sukan dan peralatan sukan distor Pendidikan Jasmani anda di sekolah / Anda adalah seorang guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan di sebuah sekolah menengah, nyatakan kriteria-kriteria yang perlu anda sediakan dalam menguruskan prasarana dan peralatan sukan di dalam stor Pendidikan Jasmani & Kesihatan dibawah seliaan anda

Topik : Sosialisasi Sukan STPM Kertas 2 (966/2)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Berikan definisi sosialisasi sukan (bahagian struktur)

2. Huraikan kepentingan sukan dari sudut proses sosialisasi dan berikan contoh yang releven.(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

3. Berikan maksud sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi sukan dan berikan contoh setiap satu(bahagian struktur)

4. Huraikan/jelaskan konsep intergrasi kaum menerusi sukan dan berikan contoh yang sesuai.(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

5. Bincangkan punca dan kesan polarisasi kaum dari aspek sosiologi sukan dan berikan contoh yang sesuai(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

6. Nyatakan sebab / contoh / kesan / langkah mengatasi dominasi sesuatu kaum dalam sukan khususnya di Malaysia. (boleh disoal dalam bentuk struktur atau esei)

7. Bincangkan penglibatan wanita dalam sukan dari aspek peringkat sekolah / peringkat kebangsaan / peringkat antarabangsa (soalan struktur)

8. Nyatakan contoh sumbangan penglibatan wanita dalam sukan di Malaysia dari aspek penyertaan dalam sukan / pengurusan / pencapaian (soalan struktur)

9. Jelaskan peranan sukan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara dan berikan contoh yang releven. (soalan favorite penggubal soalan - disoal dalam bentuk soalan esei)

Komponen Kertas 2 Sains Sukan STPM (966/2)


Kertas 2 mengandungi soalan-soalan bagi tajuk Sosiologi Sukan, Pengurusan Sukan, Fisiologi Senam, Kinesiologi dan Lakuan Motor, Psikologi Sukan dan Pemakanan Sukan

Pembahagian soalan :

1. Terdapat 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B

2. Bahagian A terdiri daripada soalan berbentuk struktur/soalan pendek sebanyak 8 soalan dan perlu dijawab semua.

3. Bahagian A membawa markah sebanyak 40 markah

4. Bahagian B terdiri dari soalan berbentuk jawapan esei, sebanyak 8 soalan dan pelajar perlu memilih dan menjawab 4 soalan

5. Bahagian B membawa markah sebanyak 60 markah

6. Kertas 2 membawa wajaran dan membawa wajaran 50% dari 100%