Sunday, September 13, 2009

Topik : Sosialisasi Sukan STPM Kertas 2 (966/2)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Berikan definisi sosialisasi sukan (bahagian struktur)

2. Huraikan kepentingan sukan dari sudut proses sosialisasi dan berikan contoh yang releven.(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

3. Berikan maksud sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi sukan dan berikan contoh setiap satu(bahagian struktur)

4. Huraikan/jelaskan konsep intergrasi kaum menerusi sukan dan berikan contoh yang sesuai.(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

5. Bincangkan punca dan kesan polarisasi kaum dari aspek sosiologi sukan dan berikan contoh yang sesuai(bahagian esei - huraikan menggunakan kaedah FBC : Fakta Bukti Contoh)

6. Nyatakan sebab / contoh / kesan / langkah mengatasi dominasi sesuatu kaum dalam sukan khususnya di Malaysia. (boleh disoal dalam bentuk struktur atau esei)

7. Bincangkan penglibatan wanita dalam sukan dari aspek peringkat sekolah / peringkat kebangsaan / peringkat antarabangsa (soalan struktur)

8. Nyatakan contoh sumbangan penglibatan wanita dalam sukan di Malaysia dari aspek penyertaan dalam sukan / pengurusan / pencapaian (soalan struktur)

9. Jelaskan peranan sukan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara dan berikan contoh yang releven. (soalan favorite penggubal soalan - disoal dalam bentuk soalan esei)

No comments:

Post a Comment