Sunday, September 13, 2009

Topik : Psikologi Sukan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Berikan definisi Psikologi sukan (soalan struktur)

2. Huraikan perkaitan antara prestasi sukan dengan psikologi individu dan berikan contoh yang sesuai (soalan esei)

3. Jelaskan peranan individu dibawah : (soalan struktur)
a. Pendidik Psikologi Sukan
b. Penyelidik Psikologi sukan
c. Ahli Psikologi Sukan Klinikal

4. Jelaskan garis panduan yang perlu diamalkan oleh seorang Ahli Psikologi Sukan Klinikal dalam membantu altet yang prestasinya semakin menurun (soalan struktur)

5. Jelaskan pengertian personaliti (soalan struktur)

6. Huraikan pengaruh personaliti dalam pemilihan aktiviti sukan yang disertai oleh seseorang atlet (soalan esei)

7. Jelaskan perbezaan individu yang bersifat ekstrovert dan introvert dan berikan contoh yang sesuai (soalan esei)

8. Berikan maksud kebangkitan (soalan struktur)

9. Berikan maksud kebimbangan (soalan struktur)

10. Jelaskan maksud istilah dibawah : (soalan struktur)
a. Stres
b. Eustres
c. Distres
d. Hiperstres
e. Hipostres

11. Huraikan kesan kebangkitan terlalu rendah / tinggi ke atas prestasi atlet (soalan struktur)
12. Huraikan kesan kebimbangan terlalu rendah / tinggi ke atas prestasi atlet (soalan struktur)

13. Nyatakan kaedah yang boleh membantu atlet dalam menangani kebimbangan semasa pertandingan (soalan struktur)

14. Jelaskan prosedur pengurusan stres dibawah: (soalan esei)
a. Kawalan pernafasan
b. Relaksasi Otot Progresif(PMR)
c. Latihan autogenik
d. Imageri
c. Penetapan matlamat

15. Berikan maksud motivasi (soalan struktur)

16. Nyatakan jenis-jenis motivasi (soalan struktur)

17. Buat perbandingan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dan berikan contoh yang sesuai setiap satu.(soalan pecahan esei0

18. Jelaskan perkaitan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dan tahap prestasi individu / berpasukan dan berikan contoh yang sesuai (soalan esei)

19. Jelaskan jenis keagresifan dalam sukan di bawah (soalan struktur)
a. Ketara (hostile)
b. Instrumental
c. Asertif

20. Nyatakan jenis-jenis keagresifan yang sering berlaku dalam sukan (soalan pecahan dalam esei)

21. Huraikan faktor-faktor yang menjadi punca berlakukan keagresifan dalam sukan dan berikan contoh insiden dalam konteks sukan(pecahan soalan esei)

22. Huraikan kaedah mengatasi berlakunya keagresifan dalam sukan(pecahan soalan esei)

23. Jelaskan maksud kesepaduan dalam sukan(soalan struktur)

24. Huraikan fasa pembentukan sesebuah pasukan (soalan esei)

25. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kesepaduan dalam pasukan.(soalan esei)

26. Jelaskan stail tumpuan di bawah: (soalan struktur / pecahan esei)
a. luas-luaran
b. Luas-dalaman
c. Sempit-luaran
d. Sempit-dalaman

No comments:

Post a Comment